Aku dalam dilemma. – Ada ulamak cakap kalau dunia ini kita kejar dunia akan lari. Ada orang biasa jawab kalau tak kejar tak dapat. Orang biasa memang suka melawan daripada mengikut. Sebab itu iman Saidina Abu Bakar lebih kuat dari iman semua org Islam dicampurkan bersama. Kerana dia lebih suka mengikut daripada melawan. Agaknya. Waallahu aklam bissawab.

https://autamart.art.blog/

3 jenis hakim.

Suasana politik sejak kejatuhan Bn aku yakin hadith adalah benar 100%
Hakikatnya memang Wujud hakim menyeleweng
(Nabi bercakap dari wahyu yang disampaikan oleh jibril. Nabi bukan macam manusia lain.)Allah beritahu hakikat ini.

Daripada Buraidah bin al-Hashib RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

الْقُضَاةُ ثَلَاثَةٌ: وَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ، وَاثْنَانِ فِي النَّارِ، فَأَمَّا الَّذِي فِي الْجَنَّةِ فَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَقَضَى بِهِ، وَرَجُلٌ عَرَفَ الْحَقَّ فَجَارَ فِي الْحُكْمِ، فَهُوَ فِي النَّارِ، وَرَجُلٌ قَضَى لِلنَّاسِ عَلَى جَهْلٍ فَهُوَ فِي النَّارِ

Maksudnya: “Para qadhi(hakim) terbahagi kepada tiga golongan: satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Qadhi(hakim) di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya. Qadhi(hakim) mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam menghukum maka dia dalam neraka. Qadhi yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia juga dalam neraka”. [Riwayat Abu Daud 3573][Syeikh Syuaib al-Arnaouth menghukum hadith ini sebagai sahih dengan syawahid-syawahid dan jalur-jalurnya]